KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup kini mengambil alih pimpinan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) selepas ayahnya, Tan Sri Joseph Kurup mengumumkan persaraan dalam politik.

Susulan itu, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) sebulat suara melantik Arthur sebagai Presiden PBRS yang baharu berkuatkuasa sejak 7 Januari lalu.

Justeru, jawatan timbalan presiden masih lagi kosong sehingga Ahli Pimpinan PBRS turut dibarisi oleh Nain-Naib Presiden iaitu Richard Kastum, Vincent Lee, Matusin Bowie dan Dr Zhamriee Gulam Rasul sebagai Naib Presiden (Dilantik).

Bendahari Agung pula ialah Edward Yong, pemangku Setiausaha Agung Richard Kastum dan Ketua Penerangan, Datuk Fredie Sua.

Ketua Pemuda PBRS pula ialah Dr Edwin Laimin manakala, Ketua Wanita ialah Zainon Kayum.

Setelah melepaskan jawatan Presiden parti, Joseph Kurup akan kekal sebagai Pengerusi Kehormat PBRS. –utusan

The post PBRS kini diterajui oleh Arthur Kurup appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *