PETALING JAYA: Pegawai farmasi kontrak di bawah seliaan Kementerian Kesihatan seluruh negara menubuhkan sebuah gerakan dikenali sebagai Hartal Farmasi Kontrak

Menerusi platform @HFarmasiKontrak di laman Twitter hari ini, gerakan itu menuntut perjawatan tetap bagi pegawai farmasi kumpulan 2016-2017 yang sudah berkhidmat antara lima ke enam tahun dengan Kementerian Kesihatan. 

Ini kerana gerakan itu berpandangan, hak kumpulan itu diketepikan dan dinafikan untuk mendapat jawatan tetap, walaupun sudah bertungkus lumus bersama-sama pegawai tetap terutamanya semasa menghadapi pandemik Covid-19. 

“Sudah bertahun diberikan janji palsu. Sekiranya doktor diperlukan, farmasi juga diperlukan seiringan! Ayuh ahli farmasi kontrak semua, kita tuntut hak kita!,” tulisnya dalam ruangan pengenalan atau ‘bio’ di platform itu. 

Dalam satu hantaran lain, gerakan itu juga mempersoalkan inisiatif perjawatan tetap yang diumumkan kementerian sebelum ini. 

“4,263 doktor tetapi hanya 335 (kekosongan) untuk farmasi? Selepas pesakit berjumpa doktor, mereka perlu mengambil ubat di farmasi. Ini akan menyebabkan kesesakan, tekanan dan sebagainya di farmasi. Sekarang pun kebanyakan klinik kesihatan majoriti lantikan kontrak,” tulisnya. – UTUSAN

The post Pegawai farmasi tubuh gerakan Hartal Farmasi Kontrak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *