MUSCAT: Seorang peguam dari Oman, Ahmed Al Barwani yang juga ahli parlimen negara itu membuat tawaran untuk membeli jubah yang dipakai kapten Argentina, Lionel Messi ketika menjulang Piala Dunia 2022.

Menerusi ciapan di Twitter, Barwani membuat tawaran AS$1 juta (RM4.43 juta) untuk membeli jubah tersebut.

Tujuan Barwani adalah untuk memastikan pakaian yang kini dianggap sebahagian peristiwa bersejarah kekal di Asia Barat.

Jubah yang digelar bisht oleh masyarakat tempatan itu di­sarungkan kepada Messi sebelum dia menjulang trofi.

Ia adalah pakaian tradisional masyarakat Arab yang sering ­dipakai oleh individu berstatus tinggi.

“Saya berada di stadium ketika itu menyaksikan detik bersejarah Emir Qatar menyarungkan bisht kepada Messi.

“Bisht akan dipertontonkan kepada semua bagi terus mengingati detik membanggakan ini, dan dalam masa sama me­ngingatkan kami bahawa kami bo­leh melakukannya,” kata Barwani. – AGENSI

The post Peguam Oman mahu beli jubah Messi RM4.43 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *