PETALING JAYA: Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebulat melantik lima ketua negeri, pemangku Pejuang Muda dan Ketua Penerangan yang baharu, berkuat kuasa serta merta. 

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pelantikan itu adalah bagi memastikan kelancaran dan kesiapsiagaan Pejuang untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Semoga semua yang dilantik akan menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan jayanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Antara individu yang dilantik ialah Muhammad Rafique Rashid Ali sebagai Ketua Penerangan Pejuang; Muhammad Fikri Ahmad (Pemangku Ketua Pejuang Muda); Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (Ketua Pejuang Melaka); Norizan Ahmad (Ketua Negeri Pejuang Negeri Sembilan). 

Selain itu, Nornekman Osman dilantik sebagai Ketua Negeri Pejuang Johor; Muzaimi Ezrin Mukhtar (Ketua Negeri Pejuang Pulau Pinang) dan Kamal Abdul Aziz (Pemangku Ketua Negeri Pejuang Wilayah Persekutuan). 

Dalam masa sama, Ulya Aqamah Husamudin masih kekal sebagai Ahli MEP biarpun melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan. – UTUSAN

The post Pejuang lantik 5 Ketua Negeri, siap siaga hadapi PRN appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *