ALOR SETAR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun maut selepas dia dipercayai terjatuh di bangunan sebuah sekolah menengah kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian berlaku ketika pelajar-pelajar sekolah terbabit belum memasuki kelas masing-masing kerana menghadiri perhimpunan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati bangunan sekolah itu setinggi empat tingkat yang menempatkan perpustakaan di aras bawah dan kelas bagi tingkatan enam di tingkat tiga.

“Namun, tingkat dua dan tingkat empat di bangunan itu kosong. Menurut saksi, ketika kejadian keseluruhan bangunan itu tidak berpenghuni kerana para pelajar menghadiri majlis perhimpunan,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar di sini, untuk proses bedah siasat.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – UTUSAN

The post Pelajar tingkatan 3 maut jatuh bangunan sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *