OTTAWA: Seorang pelarian Syria yang pernah ‘menetap’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selama tujuh bulan pada tahun 2018, akhirnya menjadi warganegara Kanada.

Lapor Al Jazeera, Hassan Al Kontar, 41, menerima kerakyatan negara itu dalam satu majlis yang diadakan kelmarin.

“Ia menandakan peristiwa penting buat saya selepas bertahun-tahun hidup dalam ketidaktentuan.

“Bermula hari ini, saya bukan lagi merupakan individu tanpa kerakyatan,” katanya dalam satu temu bual. 

Menurut Hassan, perjuangan selama beberapa tahun untuk mencari perlindungan akhirnya berjaya.

Namun, katanya, dia terpaksa melakukan beberapa pengorbanan untuk sampai ke tahap itu.  

“Untuk ini, saya kehilangan negara yang sudah musnah. Saya tidak dapat bersama bapa ketika dia amat memerlukan saya dan berada disisinya semasa meninggal dunia.

“Saya terpaksa menonton majlis perkahwinan abang melalui skype semasa terkandas di lapangan terbang. Saya juga dipenjarakan dan berdepan masalah rasis,” katanya. 

Kisah Hassan menarik perhatian dunia pada 2018 apabila dia menceritakan mengenai kehidupan dan pengalaman pahitnya ketika tinggal di lapangan terbang dalam laman media sosial.  

Setelah melarikan diri daripada konflik di Syria, Hassan mendakwa dia terkandas di KLIA2 tanpa mempunyai dokumen imigresen sah sekaligus tidak dapat meninggalkan atau mengunjungi negara lain.

Kisah Hassan meraih simpati masyarakat dunia dan menarik perhatian proses rangkaian yang mana ramai pencari suaka cuba melarikan diri daripada keganasan dan penganiyaan.

Dilaporkan, Hassan menetap di KLIA2 selama 209 hari dan enggan pulang ke negara asalnya. 

The post Pelarian Syria gelandangan di KLIA2, terima kerakyatan Kanada appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *