SAMBUTAN Tahun Baharu Cina seperti tidak lengkap tanpa persembahan tradisi ta­rian singa dan naga.

Ia sinonim dengan sambutan perayaan itu dan merupakan budaya masyarakat Tionghoa selain kepercayaan membawa tuah kepada mereka jika persembahan diadakan di kediaman atau premis-premis perniagaan.

Diiringi paluan gendang dan gong serta lagaan simbal, penari-penari di sebalik kostum singa atau naga menunjukkan ketangkasan melakukan pelbagai aksi akrobatik yang memukau perhatian penonton.

Selepas dua tahun agak sepi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19, kumpulan persembahan itu kembali ‘bernyawa’ selepas menerima banyak undangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini. – UTUSAN

The post Pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *