JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kejadian memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya LinKedua, Gelang Patah, di sini semalam.

Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Johor Bahru, Nurzihan Abdul Rehman.

Terdahulu, seorang pemandu lori ditahan polis kerana memandu secara berbahaya melawan arus sehingga melanggar dua buah kereta di Kilometer 55, Lebuhraya LinKedua.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai  menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

Beliau berkata, apabila sampai di kawasan rehat dan rawat Gelang Patah menghala ke Selatan, pemandu lori telah terlepas susur ke pelabuhan tersebut.

Pemandu lori berusia 41 tahun itu mẹmbuat keputusan memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur Pelabuhan Tanjung Pelepas. 

Lori dipandu di lorong paling kanan melawan arus itu melanggar dua kereta yang berada di laluan tersebut sehingga menyebabkan pemandu Mercedes Benz  cedera di bahagian leher dan kaki, namun seorang pemandu kereta Nissan Almera tidak mengalami kecederaan.

Pemandu lori yang ditahan itu turut didapati di bawah pengaruh alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

The post Pemandu lori lawan arus direman empat hari appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *