ROMPIN: ‘Tunggu keputusan’.

Demikian dinyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail apabila ditanya tentang pembentukan kerajaan negeri yang masih tergantung sejak Sabtu lalu kerana tiada parti mendapat majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Ditanya bila keputusan itu, Wan Rosdy tidak menjawab dan meminta semua pihak supaya sabar menanti.

“Ia dalam proses (pembentukan kerajaan negeri). Sabar menanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penamaan calon PRU15 Dewan Undangan Negeri (Tioman) di sini hari ini.

Dalam PRU15, PN Pahang 17 kerusi DUN, BN (16 kerusi) dan Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi. 

Keputusan itu menyaksikan pembentukan kerajaan negeri masih tergantung sejak Sabtu lalu kerana tiada parti memperoleh majoriti.

Semalam, Setiausaha PH negeri, Rizal Jamin berkata, perbincangan antara PH dan BN negeri positif ke arah pembentukan kerajaan negeri selepas tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah pada PRU15. 

Rizal berkata, perbincangan di Shah Alam, Selangor itu berlangsung antara Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan Wan Rosdy.

BN turut berunding dengan PN yang diadakan antara Wan Rosdy dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi oleh Wan Rosdy berhubung kerjasama yang bakal dibentuk di negeri ini.  – UTUSAN

 

The post Pembentukan kerajaan Pahang: ‘Sabar menanti’ – Wan Rosdy appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *