DOHA: Pihak pegawai keselamatan melaksanakan peraturan baru yang pelik di Piala Dunia kali ini apabila melarang peminat bermain bola sepak di luar stadium.

Insiden itu berlaku di luar Stadium Antarabangsa Khalifa apabila sekumpulan peminat bermain bola dan jumlah itu semakin ramai dan merancakkan lagi suasana di perkarangan stadium.

Bagaimanapun pihak keselamatan mengarahkan kumpulan peminat itu bersurai, sebelum pihak polis turut terlibat dan mengarahkan perkara sama.

Salah seorang pemuda yang terlibat, Mohamed Yunis dari Tunisia jelas kecewa dengan tindakan pegawai keselamatan berkenaan kerana mereka langsung tidak menggangu kenteteraman awam.

“Kami bermain dengan begitu gembira hanya untuk beberapa minit, dan kemudian makin ramai yang turut serta dan kemudian mereka beredar, dan digantikan dengan orang lain pula.

“Ada yang daripada India, Jerman, Jepun, Mexico dan banyak lagi, dan kami semua hanya ingin berseronok,” jelas Yunis.

“Bola sepak adalah untuk semua, bukan hanya untuk pegawai dan pemain tetapi untuk peminat juga.

“Kami tidak menimbulkan sebarang masalah di sini, mereka yang merosakkan suasana buat kami, mereka tidak sedar ini memberikan mesej dingin tuan rumah kepada semua peminat seluruh dunia,” jelas Kumar Sarraisikan dari India.

Seorang lagi peminat, Kumar Sarraisikan dari Kerala,India

The post Peminat pening dilarang main bola sepak di Piala Dunia Qatar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *