DOHA: Permulaan kurang sempurna buat tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar apabila dibenam pasukan Amerika Selatan, Ecuador dalam perlawanan pembukaan kumpulan A pada awal pagi tadi yang menyaksikan penyokong tuan rumah beramai-ramai meninggalkan stadium pada separuh masa kedua.

Situasi ini seakan Manchester United dibelasah Liverpool 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris tahun lalu di Old Trafford.

Sebanyak 67 ribu penonton membanjiri Stadium Al Bayt, bagaimanapun jumlah itu makin berkurangan selepas Ecuador meledak dua gol menerusi kapten pasukan, Ener Valencia.

Insiden itu jelas apabila ribuan penonton tuan rumah yang memakai jubah putih tidak lagi kelihatan di separuh masa kedua permainan, dan banyak kerusi kosong kelihatan di dalam stadium.

Ini merupakan kekalahan memalukan buat Qatar kerana selama 92 tahun penganjuran Piala Dunia, tidak ada lagi tuan rumah yang tewas dalam perlawanan pembukaan.

Qatar berpeluang untuk menebus kekalahan ini apabila bakal menentang juara Piala Negara-Negara Afrika, Senegal pada Jumaat.

The post Peminat Qatar keluar awal, mirip situasi Manchester United dibelasah Liverpool appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *