PETALING JAYA: Badi Vietnam terus menghantui Malaysia apabila tumpas 3-0 kepada dalam aksi Kumpulan B pada Piala AFF yang turut dicemari sepakan penalti kontroversi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

Bagaimanapun, kekalahan itu dicemari dengan keputusan kontroversi pengadil Jepun, Ryuji Sato yang melayangkan dua kad merah dalam perlawanan tersebut.

Selepas Nguyen Van Toan diberikan kad merah ekoran kad kuning kedua yang diterimanya akibat mengasari Dominic Tan pada minit ke-32, Sato sekali lagi berbuat keputusan sama.

Kali ini giliran pemain Malaysia, Azam Azmi yang menjadi mangsa kepada keputusan tidak masuk akal pengadil berpengalaman itu pada minit ke-63.

Azam dikatakan memijak kaki bek kiri, Vietnam, Doan Van Hau sewaktu di luar padang yang sekali gus mendorong Sato membuat keputusan tegas itu.

Berikutan keputusan tersebut juga, Sato menghadiahkan sepakan penalti kepada skuad bimbingan Park Hang-seo yang berjaya disempurnakan oleh Que Ngoq Hai dan sekali gus, meletakkan Vietnam mendahului selesa 2-0 selang seminit selepas itu.

Dalam babak pertama, tuan rumah memperoleh gol pembukaan hasil tandukan Nguyen Tien Linh yang berjaya mengelirukan Ahmad Syihan Hazmi pada minit ke-27.

Vietnam menambah derita skuad negara apabila pemain gantian, Nguyen Hoang Duc mudah membolosi pintu gol Malaysia pada minit ke-83 untuk melebarkan kedudukan kepada 3-0.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon melakukan lapan pertukaran berbanding perlawanan menentang Laos, Sabtu lepas dengan hanya tiga pemain dikekalkan.

Tiga pemain tersebut ialah Faisal Abdul Halim, Mukhairi Ajmal dan Shahrul Nazeem.

Lapan pemain yang disenaraikan ke dalam kesebelasan utama kali ini ialah Lee Tuck, Darren Lok, Brendan Gan, Stuart Wilkins, Azam Azmi, Dominic Tan dan V. Ruventhiran.

Malaysia yang melakukan empat pertukaran dalam babak kedua dengan membawa masuk Safawi Rasid, Fazly Mazlan, Mohd Nor Hakim, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan masih gagal mendapatkan sebarang gol buat Harimau Malaya.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia berada di belakang Vietnam dalam aksi Kumpulan B, manakala, Singapura di tempat ketiga.

Anak-anak buah Pan Gon wajib melakar kemenangan ke atas Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari ini yang merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, misi untuk memburu juara Kumpulan B dilihat sukar ekoran kekalahan tersebut. – UTUSAN ONLINE

The post Penalti kontroversi iringi kekalahan Harimau Malaya appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *