SHARM EL SHEIKH: Pelepasan karbon dioksida daripada bahan api fosil, iaitu pemacu utama dalam perubahan iklim dunia ketika ini dijangka meningkat sebanyak satu peratus pada tahun ini, sekali gus mencapai paras rekod tertinggi.

Perkara itu disampaikan oleh kumpulan santis semasa Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) yang berlangsung di Mesir.

Pelepasan daripada minyak, yang didorong oleh pemulihan sektor penerbangan secara berterusan, mungkin akan meningkat lebih dua peratus berbanding tahun lalu.

Manakala, pelepasan daripada arang batu  yang dianggap oleh sesetengah pihak sudah memuncak pada 2014 dijangka bakal mencecah paras rekod baru.

“(Pelepasan daripada) minyak didorong oleh pemulihan daripada Covid-19, manakala (pelepasan daripada) arang batu dan gas lebih dipacu oleh perang di Ukraine,” jelas Glen Peters, pengarah penyelidikan di CICERO institut penyelidikan iklim di Norway.

Pelepasan karbon dioksida secara sejagat daripada kesemua sumber, termasuk penebangan hutan dan penggunaan tanah serta dijangka melebihi 40.6 bilion tan.

“Pelepasan kini adalah lima peratus lebih daripada (kadar pelepasan) semasa Perjanjian Paris dimeterai” pada 2015, jelas Peters. – AFP

The post Pencemaran karbon dioksida diramal rekod paras tertinggi tahun ini appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *