MAKASSAR: Penduduk Desa Parak di Kepulauan Selayar di Sulawesi Selatan dikejutkan dengan fenomena air laut menjadi hijau dan mengeluarkan bau yang kuat.

Ketua Makmal Jabatan Biologi, Fakulti Matematik dan Sains Alam Universiti Negeri Makassar, Profesor Oslan Jumadi berkata, fenomena tersebut sering terjadi apabila berlakunya algae bloom. 

Jelas Oslan, kawasan perairan sama ada di laut, kolam, tasik atau paya akan bertukar warna dan mengeluarkan bau apabila mengalami pertumbuhan alga atau cyanobacteria yang besar.

“Fenomena alam ini biasa berlaku apabila terdapat lebihan input organik atau bukan organik di sesuatu kawasan seperti tasik, sungai dan laut.

“Ini adalah keadaan di mana alga mengalami pertumbuhan drastik disebabkan kepekatan air laut yang mengandungi nutrien tinggi, biasanya nitrat,” katanya kepada CNN Indonesia.

Selain air laut menjadi hijau, penduduk turut terhidu bau yang menyengat dan banyak haiwan laut seperti ikan ditemui mati.

“Biasanya fenomena ini diikuti dengan masalah ikan atau hidupan laut yang mati. Jika fenomena ini berlaku kemungkinan terdapat pencemaran di sekitar pantai. 

“Justeru terdapat keperluan untuk penyelidikan dan siasatan dilakukan bagi memastikan jenis pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut,” tambahnya.

The post Penduduk Kepulauan Selayar terkejut laut jadi hijau dan berbau appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *