RAMALLAH: Seorang penduduk Palestin maut dibunuh oleh tentera Israel selepas cuba menyerang dengan menikam anggota pasukan itu berhampiran di Tebing Barat.

Lapor Xinhua, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Yazzan Khseib, 23, maut akibat ditembak oleh tentera Israel di utara bandar Ramallah.

Jurucakap tentera Israel dalam kenyataan mengesahkan seorang lelaki muda Palestin cuba menikam anggota tenteranya di Ramallah.

“Anggota tentera di tempat kejadian terpaksa melepaskan tembakan untuk meneutralkan dan membunuh lelaki tersebut.

“Pisau turut ditemukan bersama lelaki itu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan anggota tentera Israel,” jelas kenyataan itu.

Ketegangan antara penduduk Palestin dan Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan seramai 89 penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Israel pada tahun ini.

Pihak berkuasa Israel pula menyatakan 14 penduduk Yahudi terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh kumpulan pejuang.

The post Penduduk Palestin maut ditembak selepas cuba tikam tentera Israel appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *