JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter menggegarkan daerah Aceh awal pagi tadi.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BKMG) melaporkan, gempa tersebut berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi waktu tempatan dan pusat gempa berada pada 47 kilometer (km) di tenggara daerah Aceh Singkil.

Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) berkata, gempa bumi itu menyebabkan ramai penduduk panik namun pihaknya sudah menggerakkan pasukan untuk memantau keadaan di kawasan terlibat.

Menurut BKMG, penduduk merasakan gempa bumi kuat berdurasi tiga hingga 10 saat di empat daerah iaitu Aceh Singkil, Tapanuli Tengah, Nias Utara dan Aceh Selatan.

Badan itu turut mengesahkan gempa tersebut tidak berpotensi mencetuskan tsunami namun meminta penduduk berwaspada dengan kemungkinan gempa susulan.-AGENSI

The post Penduduk panik gempa 6.2 magnitud gegar Aceh appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *