IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini dipercayai berkaitan pembentukan kerajaan negeri di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kereta yang dinaiki bekas Menteri Besar Perak itu tiba di Istana Kinta pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Cuan How dilihat memasuki istana.

Ini memperkuat lagi dakwaan Pakatan Harapan (PH) dan BN akan membentuk kerajaan negeri Perak.

Begitupun setakat ini belum ada sebarang pengesahan daripada kedua-dua parti mengenai kerjasama mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Pada PRU15, PH menang 24 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 26 kerusi manakala BN sembilan kerusi. – UTUSAN

The post Pengerusi BN Perak menghadap Sultan Nazrin appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *