PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai barisan Jemaah Menteri pukul 8.15 malam ini.

Pengumuman barisan Kabinetnya dijadualkan berlangsung pada pukul 5 petang tadi, namun terpaksa dianjak pada malam ini.

“Insya-Allah 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet kerajaan perpaduan.

“Nantikan,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook.

Anwar tiba di Istana Negara pagi tadi, dipercayai mempersembah senarai barisan Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UTUSAN

The post Pengumuman Kabinet tangguh pukul 8.15 malam ini appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *