KUALA TERENGGANU : Seorang pengusaha keropok lekor dan rakannya masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas dituduh terlibat sabung ayam, di sini ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 2020 lalu.

Hakim Nazliza Mohd. Nazri memerintahkan demikian selepas kedua-dua tertuduh, Mohd. Nazir Mohd. Dagang, 47, dan Mohd. Raimi Manaf, 33, yang merupakan seorang juruteknik membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa menyabung ayam di dalam sebuah bangsal pada pukul 4.15 pagi, 3 September 2020.

Gelanggang sabung ayam itu terletak di belakang sebuah rumah di Kampung Tok Beng, Kuala Nerus.

Mohd. Nazir dan Mohd. Raimi didakwa mengikut Seksyen 32(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Jika sabit kesalahan, hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Mohd. Shahihan Mohd. Tahar dan Fazlizan Ishak Khan. – UTUSAN

The post Pengusaha keropok lekor, juruteknik sabung ayam didenda RM20,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *