KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, minggu lalu.

Tertuduh, Talib Ali, 69, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia sembilan tahun di sebuah kedai di daerah ini.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 31 Disember 2022 kira-kira pukul 5 petang.

Warga emas berkenaan didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin. – UTUSAN

The post Peniaga dituduh lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *