RANTAU PANJANG: Seorang penyeludup bertindak melarikan diri meninggalkan kenderaan pacuan empat roda bersama 1,608 botol cecair vape bernilai RM192,960 selepas kegiatan itu anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Tebu di sini awal pagi tadi.

Rampasan pukul 1.45 pagi itu dilakukan menerusi rondaan rutin yang dilakukan oleh pasukan berkenaan di Kampung Lubok Jong, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa melakukan rondaan anggota Batalion 7 PGA telah mengesan pacuan empat roda warna hitam yang dipandu dalam keadaan mencurigakan memasuki lorong pangkalan Tebu.

Menyedari kehadiran PGA, pemandu terbabit bertindak melarikan diri ke arah hutan dengan meninggalkan pacuan empat roda tersebut.

“Hasil pemeriksaan di dalam pacuan empat roda itu telah menjumpai cecair vape yang bernilai RM192,960,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kesemua cecair vape tersebut dipercayai mahu diseludup ke negara jiran menggunakan laluan yang tidak diwartakan.

Katanya, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk pacuan empat roda dianggarkan bernilai RM312,960,” katanya. – UTUSAN

The post Penyeludup lari tinggalkan cecair vape bernilai RM192,960 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *