Pada 13 Oktober 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Mesir dan Syria telah memberi pukulan teruk kepada tentera Israel dalam pertempuran sengit di Sinai, Teluk Suez, Golan dan wilayah Syria.

Dalam pertempuran-pertempuran tersebut, sebanyak 109 buah kapal terbang Israel telah jatuh ditembak, manakala tentera Mesir telah membinasakan sejumlah kira-kira 400 buah kereta kebal Israel sejak peperangan bermula pada 6 Oktober lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik

13 Oktober 1971 – Menteri Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Al-Sayyed Omar Sakkaf memberitahu sidang Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa
Bersatu bahawa seramai 710 juta orang Islam sedia berkorban untuk rakyat Palestin.
13 Oktober 1972 – Sebuah syarikat pengangkutan, Sriwijaya Sendirian Berhad yang dimodali oleh orang-orang Melayu di Ipoh telah
ditubuhkan secara rasmi baru-baru ini.
13 Oktober 1973 – Perancis telah menawarkan beberapa biasiswa kepada Kerajaan Malaysia untuk melatih ahli-ahli sains dalam usaha
mengawal pencemaran alam sekitar dan penubuhan reaktor tenaga nuklear di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Perang Timur Tengah, 109 jet Israel dimusnahkan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *