PARIS: Peperangan Russia di Ukraine yang menyebabkan krisis ekonomi global menyaksikan empat juta kanak-kanak hidup dalam kemiskinan di seluruh Eropah Timur dan Asia Tengah.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), golongan tersebut terjejas paling teruk akibat krisis ekonomi yang melanda.

“Konflik dan peningkatan inflasi mendorong tambahan empat juta kanak-kanak di seluruh Eropah Timur dan Asia Tengah hidup dalam kemiskinan dengan peningkatan sebanyak 19 peratus sejak 2021,” jelas agensi tersebut.

UNICEF melontarkan kesimpulan itu berdasarkan kajian data di 22 negara di seluruh dunia.

Dalam pada itu, golongan kanak-kanak di Russia dan Ukraine merupakan kumpulan paling teruk terjejas akibat peperangan yang berlaku sejak Februari lalu.

“Russia menyumbang hampir tiga per empat daripada jumlah peningkatan bilangan kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan akibat perang.

“Keadaan itu juga menyaksikan tambahan 2.8 juta kanak-kanak kini tinggal dalam isi rumah yang dihimpit kemiskinan,” kata UNICEF.

Di Ukraine pula, setengah juta kanak-kanak dilaporkan hidup dalam kemiskinan. – AFP

The post Perang Ukraine punca empat juta kanak-kanak hidup miskin appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *