KUALA LUMPUR: Pengasas jenama kosmetik Kak Ell, menganggap setiap usahawan mempunyai percaturan strategi perniagaan masing-masing dalam usaha memperkenalkan jenama mereka di pasaran dan di mata pengguna.

Bagaimanapun, kata Kak Ell atau nama sebenarnya, Sharmila Johan, melakukan gimik murahan bukanlah pilihannya semata-mata mahu melariskan produk. 

“Kalau boleh, saya nak orang kenali sebagai seorang ahli perniagaan. Saya tahu, ada kala bila sebut posisi sebagai pengasas produk ini, akan ada banyak tanggapan tertentu terutama pada waktu sekarang.

“Tapi saya tak nak pilih jalan itu. Tak mahu buat sesuatu yang cenderung ke arah jadi bahan tular sebab saya percaya pada progres perniagaan secara organik. Kalau cepat naik dengan gimik tular, saya percaya ia tak akan kekal lama.

“Tambahan pula saya ini seorang ibu dan isteri. Tak sanggup rasanya nak gadaikan maruah buat gimik yang bukan-bukan. Itu bukan jiwa saya. Kalau boleh saya nak kekal berniaga dengan nama bersih dan dihormati ramai,”katanya.

Selain itu, kata wanita berusia 41 tahun ini, dia juga harus menjaga nama baiknya sebagai seorang ahli perniagaan kerana enggan ejen dan penyokongnya berasa jengkel dengan caranya mengendalikan jenama itu.

“Tak semua ejen saya ini orang muda. Ada juga yang sudah berumur, malahan terdiri daripada pelbagai bangsa. Tidak cuma Melayu, ada juga Cina dan India yang sama-sama menjadi ejen saya. 

“Mereka selesa dengan cara saya selama ini dan tidak mungkinlah saya akan buat sesuatu yang melampaui batas semata-mata nak pastikan jenama ini cepat naik. 

“Saya lebih suka berurusan dengan semua ejen dengan cara korporat,”katanya yang ditemui di majlis Kak Ell Fantasy Night yang berlangsung di  Doubletree by Hilton, Shah Alam, semalam.

Majlis turut menyaksikan pelancaran produk ke-48 Kak Ell iaitu Fairy Glow Oil yang dilengkapi dengan Glowing Day Cream.

Dalam pada itu, menyambut ulang tahun penubuhannya yang keempat baru-baru ini, Kak Ell 

turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya dari kelompok suri rumah dan pelajar untuk mencipta kejayaan dengan menyertai Team #KakEllStars.

“Sehubungan itu, saya juga baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan,” katanya.

Berkongsi lanjut, jelas Kak Ell, pihaknya juga mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM 5 juta.

“Mengikut sejarah rekod lalu dengan hebahan secara meluas produk sebelum ini, jualan tahunan pernah mencecah sehingga RM 34 juta.

“Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah,” katanya lagi.

Untuk info, tahun lalu, jenama ini telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.

The post Percaya diri, Kak Ell elak gimik murahan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *