PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee kini lebih berhati-hati dalam memilih sahabat, terutama selepas berdepan insiden ditipu rakan sendiri, dua tahun lalu.

Jelas Andi, dia lebih senang berkawan dalam kelompok kecil, selain memberi lebih fokus kepada dirinya, berbanding orang lain.

“Memang saya berhati-hati. Tetapi, sejak dulu, saya memang bukan jenis ramai kawan. Kalau ada yang cakap saya cuba kecilkan kelompok rakan-rakan, rasanya tidak.

“Cuma, saya tidak beriya-iya sangat menambah kawan. Lebih baik fokus diri sendiri dan kalau atas urusan kerja atau perkara yang penting, tidak ada masalah,” katanya.

Andi sebelum ini pernah membuat laporan polis apabila mendakwa ditipu rakan baiknya sendiri sehingga kerugian hampir RM70,000.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Satu Peluang ini juga sedang giat menyiapkan album pertamanya yang dijangka bakal dilancarkan pertengahan tahun ini.

“Perancangan tahun ini lebih fokus kepada pembikinan album. Saya masih mencari beberapa lagu lagi. Dari segi genre, saya tidak memfokuskan reggaeton atau disco. Ada beberapa genre lain juga.

“Lakonan pula, saya baru habis penggambaran Melastik Ke Hatimu 2. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan diharapkan tahun ini, kerjaya seni saya lebih bersinar,” katanya.

The post Pernah ditipu, Andi Bernadee lebih berhati-hati pilih kawan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *