Pada 28 Oktober 1975, Utusan Malaysia melaporkan sebuah Persekutuan Islam Se-Malaysia akan ditubuhkan bulan depan untuk menyatukan tiga buah pertubuhan kebajikan Islam terbesar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bertujuan menyelaras dan memperhebatkan lagi kegiatan dakwah Islamiah di negara ini.

Ketiga-tiga buah pertubuhan itu ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Persatuan Islam Sabah Bersatu (USIA) di Sabah dan Angkatan Nahddatul Islam Bersatu (BINA) di Sarawak.

Antara peristiwa lain yang menarik

28 Oktober 1974 – Malaysia mempunyai sumber ekonomi untuk menjadi sebuah negara yang kaya di rantau ini, kata Wakil Khas Kerajaan Perancis, Francois Misoffe.
28 Oktober 1975 – Sultan Pahang memberi kata dua kepada penduduk Kampung Baru Sungai Ruan, Raub supaya berhenti membantu pengganas komunis atau kesemua lebih 6,000 penduduk di situ dilabelkan sebagai pengkhianat.
28 Oktober 1984 – Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ajib Ahmad memberi amaran akan bertindak menghalau orang luar yang cuba menimbulkan masalah dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Johor.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Persekutuan Islam lebih besar bakal ditubuhkan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *