KUALA LUMPUR: Penyanyi, Tomok memohon maaf kepada peminat selepas gagal memberikan persembahan terbaik pada pentas suku akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam tadi.

Permohonan maaf itu dibuat Tomok menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter sekitar pukul 10 malam tadi.

“Maafkan saya guys,” tulisnya ringkas, selepas persembahannya membawakan lagu Awas nyanyian asal KRU menerima kritikan pedas juri.

Tomok mengakhiri persaingan suku akhir GV9 pada kedudukan ketiga tercorot dengan markah 67.30.

Datuk Ramli MS ketika memberi komennya terhadap persembahan penyanyi itu menyifatkan, nyanyian Tomok kurang memuaskan.

“Visual cantik, audio tidak,” ujarnya.

Sementara itu, terdapat sebilangan kecil peminat menyalahkan penyanyi yang juga peserta GV9, Bob Yusof yang dikatakan memilih lagu dianggap kurang sesuai untuk vokalis New Boyz itu.

Malah, ada yang menuduh Bob seolah-olah sengaja mensabotaj Tomok apabila memilih lagu yang dianggap susah dan kurang sesuai dibawakan di pentas pertandingan.

“Bob pilih lagu yang tak sesuai untuk Tomok. Artis lain pilih untuk satu sama lain okey hasilnya. Dia orang okey, terbaik, tetapi time Tomok pula pilih macam itu,” luah seorang lagi peminat Tomok di Twitter.

The post Persembahan kurang menyengat, Tomok mohon maaf appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *