MENJELANG ketibaan Hari Deepavali minggu depan, penganut agama Hindu tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk melakukan persiapan menyambut perayaan itu.

Rata-rata mereka teruja melakukan persiapan memandangkan sambutan pada 24 Oktober ini pasti berbeza selepas meraikannya secara sederhana ekoran pandemik Covid-19, sebelum ini.

Antara lokasi yang meriah ialah di premis pakaian di Brickfield, Kuala Lumpur dengan kehadiran masyarakat berketurunan India bagi membeli pakaian baharu yang akan digayakan pada sambutan perayaan itu nanti. – UTUSAN

The post Persiapan sambut Deepavali appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *