PETALING JAYA: Sekeping gambar pertemuan pemimpin UMNO dan Pas mencetuskan spekulasi dipercayai berkaitan pembentukan kerajaan Negeri Pahang sama ada wujudnya kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Menerusi Facebook Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad, beliau memuatnaik gambar pertemuan bersama kepimpinan Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Pahang sejahtera dan stabil. Doakan Allah permudahkan urusan, Insya Allah,” tulis beliau dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menyaksikan BN memperoleh 16 kerusi manakala PH memperoleh lapan kerusi dan DUN pula mendapat 17 kerusi daripada 42 DUN.

Bagaimanapun PH Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri Pahang yang masih tergantung selepas PRU15.

Berbanding kerajaan Negeri Perak, BN yang menang sembilan kerusi namun membentuk kerajaan campuran bersama PH yang memperoleh 24 kerusi serta diberikan jawatan Menteri Besar dan tiga Exco serta Speaker DUN. –UTUSAN

The post Pertemuan pemimpin BN dan Pas Pahang cetus spekulasi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *