PETALING JAYA: Trak pikap bersaiz sederhana Peugeot Landtrek kini sedia untuk ditempah dengan anggaran harga bermula dari RM123,000.

Bermaz Auto Alliance Sdn. Bhd. (BAASB), pengedar tunggal untuk jenama Peugeot di Malaysia, menawarkan pratonton untuk membina keterujaan pelancaran Peugeot Landtrek yang akan datang dan merupakan yang pertama di Asia Pasifik.

Menurut kenyataan, model terbaharu ini menawarkan pelanggan Malaysia pilihan pikap baharu yang terkenal dengan ketahanan dan kebolehsuaiannya untuk memenuhi keperluan profesional dan keluarga. 

“Selain gayanya yang menarik, Peugeot mereka bentuk model baharu ini agar berfungsi dan mengendalikan struktur bumi yang sukar namun melengkapkan aktiviti riadah luar. 

“Trak pikap baharu ini didatangkan dengan teknologi onboard yang canggih, kebolehsuaian termaju dan keseronokan pemanduan seperti kenderaan utiliti sukan (SUV),” katanya.

Reka bentuk luaran Landtrek menunjukkan  keperibadian yang menarik dan kuat yang sangat sesuai dengan barisan kenderaan semasa jenama Peugeot, dengan ciri jenama terkenal seperti gril menegak dengan lambang Peugeot Lion di tengah dan lampu LED.

Di dalam kabin, skrin HD 10-inci terletak di atas papan pemuka, selain memasukkan ciri-ciri inovatif seperti suis togol yang menyediakan akses kepada semua fungsi.

Peugeot Landtrek menyediakan penumpangnya dengan keselesaan dan fungsi perhatian khusus diberikan kepada tempat duduk belakang sehingga tiga penumpang. 

Nadi kepada Peugeot Landtrek baharu ialah enjin diesel turbo 1.9 liter dengan output 150 kuasa kuda daripada turbo geometri turbin berubah dan 16 injap menghasilkan 350 Nm tork dengan enam kelajuan. – UTUSAN

The post Peugeot Landtrek sedia untuk ditempah, harga bermula RM123,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *