SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) meletakkan keyakinan bahawa akan memenangi kesemua kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, beliau meletakkan keyakinan tersebut berdasarkan pencapaian yang dikecapi pakatan itu pada pilihan raya umum yang lalu.

“Kita tidak boleh benarkan lagi pihak di sana menang kerana kita tidak mahu ketirisan wang berlaku lagi.

“Cukup sudah apa yang berlaku sebelum ini dan ini menjadi tanggungjawab kita untuk menang dalam PRU15,” katanya ketika berucap pada majlis pengenalan calon Parlimen Harapan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, di sini, malam ini.

Namun, beliau mengakui pakatannya mengalami sedikit kesukaran untuk memenangi kerusi Parlimen di kawasan Selangor utara, yang merangkumi Parlimen Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang.

Namun, kata Mohamad, tiada apa yang mustahil sekiranya semua ahli parti dalam PH menggembleng tenaga berkempen dengan sepenuh jiwa ketika kempen PRU15 berlangsung.

“Kita buktikan bahawa kita dapat mentadbir negara dengan baik walaupun hanya mentadbir selama 22 bulan.

“Apapun sekiranya PH memenangi Putrajaya, calon yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri di mana-mana kementerian harus menjalankan tugas dengan Amanah,” tegasnya. –UTUSAN

The post PH akan menang 22 kerusi Parlimen di Selangor -Mat Sabu appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *