BANGKOK: Selepas mengumum­kan persaraan daripada Piala AFF, kapten Thailand, Thee­rathon Bunmathan menegaskan, kejohanan yang digelar ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu memerlukan video bantuan pengadil (VAR) bagi mengurangkan kesilapan tidak sepatutnya.

Kelmarin, Theerathon meledak gol tunggal ketika membantu Thailand menumpaskan Vietnam 1-0 dalam final kedua di Stadium Thammasat, sekali gus memastikan skuad Gajah Perang mempertahankan ­kejuaraan secara agregat 3-2.

Kemenangan itu memboleh­kan mereka melakar sejarah sebagai pasukan paling banyak bergelar juara dengan tujuh kemenangan sejak kejohanan diper­kenalkan pada 1996.

“Kejuaraan amat bermakna kerana ini Piala AFF terakhir saya. Sebelum kejohanan, ba­nyak kelab tidak melepaskan pemain, jadi Thailand tidak mempunyai pasukan terbaik. Saya mahu membantu pemain muda jadi saya tetap hadir.

Theerathon Bunmathan meraikan kemenangan pasukannya dalam Piala AFF.

“Pada masa depan, saya mahu Piala AFF dipertingkatkan dengan teknologi VAR. Kita perlukan VAR kerana kita berjiran (negara Asia Tenggara), kita perlu membangun bersama, bukan menyakiti satu sama lain.

“Beberapa keputusan pe­ngadil menyebabkan pasukan bercakaran dan bergaduh sesama sendiri, itu tidak perlu,” ­kata Theerathon yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP).

Theerathon, 32, pernah meluahkan hasrat untuk tidak bermain dalam Piala AFF 2022 selepas Thailand muncul juara tahun lalu.

Thailand berjaya memper­tahankan kejuaraan, hasil ­ke­cemerlangan Theerathon yang melakukan dua umpanan pada perlawanan akhir pertama di Hanoi yang berkesudahan seri 2-2 minggu lalu.

Jaringan cantiknya pada mi­nit ke-24 kelmarin memastikan mereka menjulang kejua­raan ketujuh. – AGENSI

The post Piala AFF perlukan VAR – Thee­rathon appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *