PETALING JAYA: Skuad ragbi Selangor bangkit daripada kekalahan besar kepada Putrajaya dalam perlawanan pembukaan kumpulan C Kejohanan Ragbi Piala Agong tempohari dengan membenam Pulau Pinang 38-33 dalam aksi yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sebentar tadi.

Bagi penggendali pasukan Selangor, Zamri Abd Kahar, ia keputusan yang melegakan dalam usaha mereka untuk menghidupkan peluang memburu tiket ke suku akhir.

Selangor kini berada di kedudukan ketiga kumpulan, namun berkongsi mata dengan Pulau Pinang dengan mengumpul tiga mata selepas dua perlawanan, sambil Putrajaya terus gah di puncak dengan enam mata selepas membenam Sarawak dengan keputusan 106-10.

Bagaimanapun, Selangor bakal bertandang ke Kuching pada Sabtu ini tanpa kehadiran dua pemain import Lee Chapman dan dan Samuel Jackson.

“Perlawanan pertama tempohari, kami sedar memang sukar nak bersaing dengan Putrajaya yang dibarisi hampir keseluruhan pemain kebangsaan, jadi kami lupakan apa yang telah berlaku dan mula semula menentang Pulau Pinang.

“Kami membuat sudah kaji gaya permainan lawan, dan membuat persiapan rapi, dan syukur dan memberi tentangan sengit dan menang dalam perlawanan ini, sekaligus peluang kami masih terbuka untuk ke pusingan seterusnya,” jelas Zamri.

Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tumpaskan Negeri Sembila 44-10 bagi aksi kumpulan B, manakala Johor pula membelasah Melaka 97-7 dalam kumpulan A.

Persaingan semakin rancak membabitkan kumpula D apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menewaskan Kuala Lumpur 21-18, sementara Perlis pula melakar kemenangan sulung dengan menumpaskan Kelantan 19-12. -UTUSAN ONLINE.

The post Piala Agong: Selangor kembali hidupkan peluang dengan membenam Pulau Pinang appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *