DOHA: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mendedahkan Korea Utara berpotensi menganjurkan Piala Dunia pada masa akan datang dalam usaha mereka membawa perubahan dalam bola sepak dunia.

Presiden FIFA itu yang dalam usaha untuk mempertahankan kerusi nombor satu badan induk tersebut buat penggal ketiga menjelaskan mana-mana negara berhak menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Infantino membuat kenyataan berkenaan ketika menyampaikan ucapannya untuk menutup mulut pengkritik mengenai kontroversi Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia serta pemilihan Fifa menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu di negara berkenaan.

Infantino sebelum ini pernah berusaha untuk membuat rundingan dengan pihak Korea Utara bagi penganjuran Piala Dunia Wanita bersama negara jirannya, Korea Selatan namun tidak berjaya mencapai kata sepakat.

Gianni Infantino

“FIFA adalah organisasi antarabangsa, kami merupakan orang bola sepak, bukan ahli politik, dan kami mahu menyatupadukan semua pihak.

“Semua negara pun boleh menjadi penganjur Piala Dunia, jika Korea Utara mahu menganjurkan sesuatu,” jelas Infantino.

Korea Utara, negara yang masih lagi asing daripada pengetahuan antarabangsa merupakan pasukan di tangga ke-112 dunia pernah dua kali membuat penampilan di kejohanan ini iaitu ketika edisi 2010 di Afrika Selatan dan 1996 di England. – AGENSI

The post Piala Dunia di Korea Utara? appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *