DOHA:Pemain-pemain yang beraksi di Piala Dunia Qatar berdepan risiko mengalami strok haba apabila berlatih atau bermain dalam suhu panas yang tinggi.

Amaran itu disuarakan profesor kemanusiaan dan fisiologi gunaan di Universiti Portsmouth di Britain Mike Tipton.

Berikutan suhu melebihi 30 darjah Celsiusdi di Doha, Wales terpaksa mengubah jadual latihan dari tengah hari ke petang apabila cuaca lebih sejuk.

Qatar memiliki iklim panas dan lembap pada masa ini dalam setahun.

Piala Dunia 2022 adalah kali pertama jadual kebiasaannya pada Jun dan Julai diubah kepada November tahun ini.

“Kami berpeluh dengan hanya berjalan mengelilingi hotel. Kami keluar dan berjalan pada 11 pagi dan ia memang panas,”kata penyerang Wales, Mark Harris kepada media.

Menurut Tipton,, bermain di bawah cuaca panas bukan saja memberi kesan kepada fungsi fisiologi, malah psikologi.

“Kesannya termasuk terasa nak pitam kerana tidak mampu berlatih sehingga membawa kepada strok haba iaitu keadaan kesihatan yang serius.

“Ada aspek lain iaitu apabila manusia semakin panas, mereka cenderung membuat keputusan silap,”jelasnya.

Tipton berkata, bagi menangani masalah cuaca terik, pengurus mungkin terpaksa mengubah cara pasukan bermain termasuk dengan tempo lebih rendah. -AGENSI

 

The post Piala Dunia: Pemain berdepan risiko strok haba appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *