IPOH: Mesir melakukan kejutan pertama dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-29 apabila menumpaskan Afrika Selatan 3-0, di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi.

Berbanding ketika tumpas 0-1 kepada Jepun dalam perlawanan pembukaan semalam, anak buah Tahir Zaman berjaya meningkatkan persembahan mereka.

Mesir membuka jaringan seawal minit ke-6 melalui pukulan sudut penalti, Mohamed Adel.

Lapan minit kemudian, Pemain Terbaik Perlawanan, Abdelmoneim Ali Alshami meledak gol kedua untuk mengukuhkan kedudukan Mesir pada minit ke-14.

Mesir yang menduduki ranking ke-21 Persekutuan Hoki Antarabangsa ( FIH) menambah keperitan lawan apabila Mohamed Ali menyumbat gol ketiga.

Afrika Selatan yang menewaskan Pakistan 4-1 semalam cuba bangkit di suku ketiga dan empat permainan tetapi benteng Mesir berjaya mematah semua serangan.

Penjaga gawang Mesir, Sayed Mohamed Gamal sekali lagi bertindak cemerlang untuk memandu kejayaan pasukan itu. – UTUSAN

The post Piala Sultan Azlan Shah: Mesir kejutkan Afrika Selatan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *