NEW YORK: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bakal melancarkan sebuah piring terbang gergasi ke angkasa lepas pada bulan depan.

Lapor Daily Mail, misi Low-Earth Orbit Flight Test of an Inflatable Decelerator (LOFTID) akan menguji perisai haba yang akan digunakan untuk menghantar kapal angkasa.

Malah, piring terbang gergasi itu dikatakan mampu membantu manusia mendarat di Marikh dengan selamat.  

Misi itu dijadualkan berlepas pada 1 November depan yang menyaksikan piring terbang gergasi dilancarkan ke orbit rendah bumi.     

“NASA berharap ujian itu akan menunjukkan bagaimana perisai haba mampu memperlahankan kapal angkasa untuk bertahan dari kemasukan atmosfera. 

  “Teknologi ini juga membantu pelbagai misi NASA yang dirancang ke destinasi seperti Marikh, Venus, Titan serta kembali semula ke bumi,” jelas NASA. 

Pada 1 November depan, NASA akan mendedahkan teknologi itu buat kali pertama dari orbit rendah bumi.

Piring terbang itu akan dilancarkan ke angkasa lepas menerusi roket United Launch Alliance Atlas V, bersama satelit cuaca yang mengorbit kutub JPSS-2.

“Sebaik sahaja JPSS-2 sampai ke orbit, perisai haba itu akan mengembang dan diletakkan pada posisi trajektori kemasukan semula dari orbit rendah Bumi untuk menguji keupayaannya.

“Jika ujian ini berjaya, ia mampu membantu NASA mencapai matlamat untuk membawa manusia ke Marikh dalam dekad akan datang,” jelas NASA.   

Tambah NASA, teknologi itu juga mampu menyokong kru pendaratan dan misi robotik besar di Marikh selain membawa pulang muatan lebih berat ke bumi.

The post Piring terbang gergasi bantu angkasawan ke Marikh appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *