PETALING JAYA: Pasukan yang terkenal dengan moto ‘Yakini Lokal’, Petaling Jaya City (PJ City) sah tidak akan beraksi dalam Liga Super musim depan.

Perkara itu diumumkan presiden kelab, Datuk Seri Subahan Kamal pada sidang akhbar hari ini.

Subahan menafikan dakwaan bahawa masalah kewangan memaksa The Phoenix terkeluar dari Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebaliknya, penarikan diri adalah keputusan eksekutif pengurusan PJ City berikutan hala tuju bola sepak tempatan musim depan.

PJ City satu-satunya kelab yang membariskan 100 peratus pemain tempatan musim lalu, dan mereka terpaksa berdelan lawan yang mempunyai sekurang-kurangnya lima tonggak import.

Keadaan bertambah sukar musim depan kerana setiap pasukan dibenarkan membawa masuk sehingga sembilan pemain import.

Bagaimanapun kata Subahan, mereka terbuka kepada pihak luar untuk membeli kelab dengan menggunakan nama PJ City FC. – UTUSAN ONLINE

The post PJ City sah tidak beraksi dalam Liga Super 2023 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *