PETALING JAYA: Pemain profesional negara, Shahriffuddin Ariffin berkongsi kedudukan sebagai pendahulu hari ketiga kejohanan golf PKNS Selangor Master hari ini bersama pemain dari Thailand, Denwit Boriboonsub.

Selepas tiga hari kejohanan, mereka masing-masing terikat dengan 8 di bawah par 205 pukulan keseluruhan, meninggalkan seorang lagi pemain negara, Danny Chia yang kini mengumpul 207 pukulan 6 di bawah par.

Selepas agak hambar pada hari kedua dengan skor 72 pukulan satu di atas par, Shahriffuddin bangkit pada hari ketiga selepas membenam 5 birdie satu eagle dan dua bogey untuk mengumpul skor 66 pukulan lima di bawah par. 

Turut menyamai catatan yang dilakar Danny Chia ialah pemain dari Filipina, Lloyd Jefferson Go untuk berkongsi kedudukan di tangga ketiga.

Sementara itu, Amir Nazrin yang cemerlang pada hari pertama selepas membenam tujuh birdie satu bogey dengan 65 pukulan enam di bawah par, gagal mengekalkan rentak cemerlang pada hari kedua dan ketiga kejohanan selepas melakukan 72 dan 73 untuk mengumpul 210 pukulan, ketinggalan satu pukulan di belakang pemain Australia, Jack Murdock (209 pukulan). – UTUSAN

Shahriffuddin Ariffin -8 67 72 66 205
Denwit Boriboonsub -8 67 70 68 205
Lloyd Jefferson Go -6 68 73 66 207
Danny Chia -6 70 70 67 207
Jack Murdoch -4 70 68 71 209
Amir Nazrin -3 65 72 73 210
Suteepat Prateeptienchai -2 71 75 65 211
Gregory Foo -1 70 68 74 212
Kieran Vincent Par 73 71 69 213
Joe Heraty Par 68 74 71 213

The post PKNS Selangor Master: Shahriffuddin, Boriboonsub kongsi kedudukan pendahulu   appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *