LONDON: Liz Truss meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Britain selepas program ekonominya mencetuskan kejutan pasaran selain menyebabkan Parti Konservatif berpecah selepas beliau hanya berkhidmat selama enam minggu.

Bercakap di luar pejabatnya di Downing Street, Truss mengakui beliau tidak dapat menunaikan janji yang dibuatnya ketika bertanding sebagai pemimpin Konservatif, sekali gus kehilangan kepercayaan daripada partinya.

“Saya akui memandangkan situasi itu saya tidak dapat menyampaikan mandat yang mana saya dipilih oleh Parti Konservatif.

”Sehubungan itu, saya sudah maklumkan kepada raja mengenai peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif,” katanya.

Terdahulu, Kabinet pimpinan Truss berdepan ketegangan selepas pemimpin itu memecat menteri kewangan dan diikuti oleh menteri dalam negeri. – REUTERS

 

The post PM Britain letak jawatan selepas 44 hari berkhidmat appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *