PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan usaha Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terlibat dalam misi bantuan di wilayah Turkite yang terjejas bencana gempa bumi dapat dipermudahkan.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mengucapkan selamat bertugas kepada pasukan SMART yang selamat tiba Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) di negara berkenaan.
Sebelum ini, Malaysia menghantar seramai 70 anggota SMART bagi membantu operasi SAR kerajaan Turkiye, susulan kejadian gempa bumi.
Selain itu, pasukan SMART dijangka akan masuk ke kawasan bencana yang terjejas hari ini bagi membantu misi SAR mangsa yang terkesan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. –UTUSAN
The post PM doakan pasukan SMART di Turkiye appeared first on Utusan Malaysia.