PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) memaklumkan sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendakwa  memperoleh sokongan 112 ahli parlimen. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, SD tersebut adalah daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri ke-10. 

“PN telah mengemukakan SD daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin, Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong. 

“Jumlah surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 iaiatu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – UTUSAN

The post PN  hantar SD dakwa capai sokongan 112 ahli parlimen  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *