PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan parti Perikatan Nasional (PN) menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis selepas berjaya memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN yang dipertandingkan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, keputusan itu diperoleh bagi keseluruhan pengundian pada pukul 2 pagi tadi  sekali gus PN menguasai majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi DUN.

“Peratus pengundian bagi peringkat DUN Perlis adalah berjumlah 76.94 peratus,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Satu lagi kerusi dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Gan Ay Ling bagi DUN Indera Kayangan. – UTUSAN  

 

The post PN kuasai Perlis appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *