LONDON: Mauricio Pochettino tidak berminat untuk mengambil alih tugas pengurus Aston Villa seandainya Steven Gerrard dipecat.

Gerrard kini berada di bawah tekanan hebat selepas pasukannya mengalami kekalahan kelima dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), tumpas 0-2 kepada Chelsea di laman sendiri, Ahad lalu.

Menurut The Telegraph, jika kalah dalam aksi berikutnya menentang Fulham, Jumaat ini dan Brentford pada hujung minggu, Gerrard mungkin disingkirkan.

Legenda Liverpool itu kini tiada pilihan kecuali memenangi kedua-dua perlawanan tersebut jika mahu menyelamatkan tugasnya sebagai pengurus.

STEVEN GERRARD

Dalam perkembangan sama, Pochettino dilaporkan ‘tidak berminat’ dengan jawatan itu kerana dia juga sedang mengintai untuk kembali semula ke Tottenham untuk perjalanan kerjayanya selepas ini.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa kem Pochettino telah ‘dihubungi’ untuk mengukur minatnya terhadap kelab itu dan sekurang-kurangnya ‘mendengar’ sebarang tawaran yang dibentangkan Villa.

Begitupun, keutamaan bekas pengendali Paris Saint-Germain itu dilihat lebih terarah untuk kembali ke London Utara. – AGENSI

The post Pochettino tidak minat ganti Gerrard di Aston Villa appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *