LONDON: Polis Gloucestershire mengeluarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan seorang wanita yang bertindak meletakkan bekas makanan berisi najis manusia di hadapan pejabat seorang ahli Parlimen baru-baru ini.

Bekas makanan berwarna putih yang tertera nama ‘Siobhan’ di bahagian atas dilaporkan mengandungi mesej di dalamnya yang berbunyi ‘Jika anda tidak membersihkan najis anda sendiri, mengapa saya perlu melakukannya?’.

Bekas itu ditinggalkan di luar pejabat kawasan pilihan raya Ahli Parlimen Konservatif, Siobhan Baillie yang dipilih pada 2019 sebagai wanita pertama mewakili kawasan itu.

Kejadian itu dilaporkan kira-kira pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan pada 2 November lalu.

Dalam rakaman itu, wanita tersebut dilihat memakai seluar merah jambu dan berjalan menuju ke pejabat berkenaan.

“Sukar untuk memahami perbuatan individu yang sanggup meninggalkan kotak berisi najis untuk dibuka oleh orang lain. Ia menjijikkan.

“Kami juga berada di tengah-tengah bandar, apa yang akan berlaku jika seorang kanak-kanak mengambilnya? Saya tidak tahu apa motifnya selain daripada mencuba menakut-nakutkan saya dan kakitangan saya,” jelas Baillie.-AGENSI

The post Polis kesan wanita buang najis depan pejabat ahli Parlimen Stroud appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *