BACHOK: Polis menahan lapan remaja lelaki bagi membantu siasatan berkait kes rogol seorang gadis berusia 14 tahun di Tawang, di sini.

Kesemua suspek berusia antara 14 hingga 18 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan berkait kes berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaludin berkata, bertindak atas maklumat pihaknya telah membuat serbuan dan menangkap kesemua saspek yang terlibat bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

“Permohonan reman ke atas kesemua suspek akan di buat esok di Mahkamah Majistret Bachok,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN

The post Polis tahan lapan remaja bantu siasat kes rogol appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *