KULIM: Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff diumumkan antara calon Parlimen Padang Serai di bawah tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum (PRU15) kali ini.

Mohamad Yusrizal akan menentang penyandang, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail daripada Pakatan Harapan (PH) yang juga Setiausaha Agung PKR di kerusi tersebut.

Dua lagi calon yang mengesahkan penyertaan ialah Datuk Muhar Hussin daripada Barisan Nasional (BN) dan Roslan Hashim yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU14, Saifuddin Nasution menang dengan majoriti 4,860 undi menewaskan calon BN, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir serta calon Pas, Hassan Razak.

Sementara itu di kerusi Parlimen Padang Serai, tiga muka baharu menjadi antara calon kerusi itu yang akan bertanding dalam saingan enam penjuru.

Penyandang kerusi, M. Karupaiya daripada PH akan ditentang lima calon lain termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah, Datuk Azman Nasrudin mewakili PN.

BN pula akan diwakili Datuk C. Sivarraajh yang merupakan bekas Ketua Pemuda MIC dan sebelum ini bertanding di Parlimen Cameron Highlands.

Sementara itu, antara muka baharu ialah Hamzah Abd. Rahman daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang kini bersama Gerakan Tanah Air (GTA) dan Mohd. Bakhri Hashim (Warisan) serta calon bebas, Sri Ananda Rao. – UTUSAN

The post Presiden Cake cabar Saifuddin di Kulim Bandar Baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *