KUALA LUMPUR : Meskipun program realiti Getaran Jiwa minggu kelima diteruskan dan bersiaran secara langsung di Stadium MBKS, Kuching, Sarawak malam ini, namun tiga peserta, juri, dan krew belakang tabir yang bukan kelahiran Sarawak akan diuruskan untuk pulang mengundi awal pagi esok.

Menurut Pengurus Saluran TVS, Aizal Ibrahim, pihaknya sudah menguruskan proses pengangkutan untuk individu yang perlu pulang mengundi selain terdapat krew yang sudah mengundi awal.

“Bagi menjayakan program Getaran Jiwa kepada penonton di seluruh Malaysia malam ini, kami tidak lupa yang mengundi adalah satu hak dan tanggungjawab. Jadi koordinasi berkaitan hari mengundi sudah kami uruskan daripada awal lagi.

“Ada sebahagian yang terbabit sudah mengundi lebih awal iaitu mengundi secara pos serta akan pulang ke kawasan masing-masing seawal pagi esok untuk membuang undi,” katanya.

Seramai tiga peserta bukan kelahiran Sarawak yang terbabit dalam program nyanyian itu iaitu Ameem (Johor), Yunadia (Perak) dan Hanz (Sabah).

Sementara itu, juri yang terbabit pula adalah Datuk Nash dan Zarul Umbrella yang diuruskan untuk pulang mengundi awal pagi esok.

Menurut Aizal, sehingga kini program Getaran Jiwa sudah menyaksikan pembabitan 32 peserta dan masing-masing mempamerkan keunikan dan kekuatan tersendiri.

“Diakui bahawa persaingan agak sengit setiap minggu. Ada saja kejutan kepada penonton melalui persembahan peserta setiap mninggu. Kami menjangkakan hal yang sama daripada lapan lagi peserta pada konsert malam ini.

“Peserta yang menduduki dua tempat teratas akan layak untuk mara ke pusingan separuh akhir. Menerusi pilihan yang dibuat, maka lengkaplah 10 peserta yang kita cari untuk pusingan seterusnya,” katanya.

Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri profesional dan 30% oleh juri awam yang mengundi atas talian menggunakan ‘Meter Jiwa’.

Peserta minggu ini akan dinilai oleh Datuk Nash selaku ketua juri serta Norafizah Busman sebagai juri tetap dan Zarul Umbrella selaku juri jemputan.

Diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma, program lapan episod ini
menampilkan lapan peserta berbeza untuk episod 1 hingga 5.

Secara keseluruhannya, 40 peserta yang terpilih melalui pencarian bakat seluruh negara akan bertanding
dalam program ini. Getaran Jiwa menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM60,000

The post Program Getaran Jiwa, persaingan makin sengit appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *