KOTA KINABALU: Polis Sabah menerima sebanyak 39 laporan dan membuka enam kertas siasatan berkaitan dengan kesalahan pilihan raya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, kesemua laporan berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu diterima sepanjang tempoh 26 Oktober sehingga semalam.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 369 permit kempen pilihan raya telah diluluskan bermula 5 hingga 7 November.

“Semalam, sebanyak 178 permit kempen pilihan raya telah diluluskan bagi seluruh kontinjen Sabah dalam tempoh 24 jam.

“Hasil pemeriksaan kesemua kempen yang dijalankan mempunyai permit dan tidak melanggar syarat kempen yang telah ditetapkan.

“Walau bagaimanapun, beliau menyarankan parti-parti politik yang bertanding agar membuat permohonan kelulusan permit terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa juga kempen atau ceramah.

“Semua parti harus mematuhi syarat-syarat permit yang telah ditetapkan seperti tiada unsur provokasi, fitnah dan perkauman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua penyokong parti juga harus menjaga tingkah laku dan tidak melanggar undang-undang mahupun memulakan pergaduhan.

Di samping itu, semua penyokong yang menghadiri kempen atau ceramah juga harus mematuhi peraturan dengan tidak membuat halangan lalu lintas. –UTUSAN

 

The post PRU-15 : 39 laporan polis, enam kertas siasatan dibuka appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *