BELURAN: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Ronald Kiandee membuat kejutan apabila muncul sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Beluran.

Sebelum ini, nama Ronald digugurkan daripada senarai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) setelah Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menamakan Benedict Asmat sebagai calon di P.183 Beluran mewakili BN.

Ronald yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Beluran akan berhadapan persaingan lima penjuru.

Empat calon lain yang bertanding di Parlimen Beluran ialah Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (Warisan), Hausing Samsudin @ Sudin daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Felix Joseph Saang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Kerusi Parlimen Beluran menjadi kerusi pertama yang menyaksikan pertembungan PN bersama calon Barisan Nasional.

Pada PRU-15, kerusi Parlimen Beluran mempunyai seramai 44,727 pengundi berdaftar.

Ronald memenangi kerusi Parlimen Beluran dengan majoriti 7,115 undi semasa bertanding di bawah tiket BN pada PRU-14. –UTUSAN

The post PRU-15: Ronald Kiandee buat kejutan muncul calon PN di Beluran appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *